Archive for January, 2008

ya Allah..selamatkan lah sharlinie

Tuesday, January 15th, 2008

selepas kes nurin

now dtg lak kes sharlinie..

di sahkan hilang 9 januari..skrg da almost 2 weeks

i keep wondering apelah jd kat budak kecik tu

die saket ke skrg..

die makan ape skrg

huhu..mak die mmgtak tido la kan..

nape manusia kejam..

makin busuk ati..

bia je la budak2 tu dok main kat playground.

yg p colek die wat ape..

kalo da desperate.

hookers belambak..

org yg buat kije ni..mst phyco.

gile..tak berperikemanusiaan

kesian sharlinie..baru 5thn..tak phm ape2..waaaa

sepanjang aku dok follow berite sharlinie..aku pk2..ni turut wat masyarakat jd takot..

ye la kan..ibu2 bapak2..mst rase ank2 dieorg tak selamat

aku tgk tadika depanumh aku..dlu2..tak de la mak bapak nak tgu anak dieorg kat lua tadika tu dari mule sampai abes..

ni ade beberape parents tgu..

sape patut di persalahakan ek?

mak bapak yg lepas anak2 …kite ni yg tak amek pedulik..?ye la..takot di tuduh jage tepi kain org ..atau..da takdir ajal dan maut di tangan tuhan

aku doa la sangat2..

budak tu di kembali kan..dalam keadaan selamat

bukan mayat dlm beg mcm Allahyarham nurin..

y this happen?

Tuesday, January 15th, 2008

Dari 1984 hingga 2006”Feb, terdapat 87 kes rogol –bunuh, Dari jumlah 87 kes yang kejam  ini, hanya 23 kes, atau pun 26.4% di selesai dengan pesalah dijatuh hukuman.                     

Tempoh                      Jumlah kes       kes dijatuh hukuman     K/s

1980-85                             3                               1                         1

1986-90                             9                               1                         2

Jumlah                              12                               2                         3

1991-1995                        13                               7                        7

1996-2000                        26                               1                        5

Jumlah

                               39                               8                       12

2001-2005                        32                              12                      15

2006(Jan-Feb)                    4                                1                        1

Jumlah

                               36                              13                     16

Jumlah besar                   87                              23                     31 

Statistik menunjukkan:

1. Semua mangsa kes rogol-bunuh adalah wanita, ramai diantaranya adalah kanak-kanak kecil, yang termuda sekali hanya berumur enam tahun. Ini menunjukkan bahawa wanita dan kanak-kanak kecil menjadi mangsa kes rogol dan bunuh bukan kerana mereka berpakaian seksi. Tetapi kerana mereka adalah golongan lemah yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri. (give examples)

2. Tiada kes rogol kemudian bunuh sebelum tahun 1984. Tetapi dua pertama tahun ini telah berlaku 4 kes .  Mangsa di Nibong Tebal, namanya Kalaiselvi, hanya berusia 7 tahun. Saya minta pihak kementerian memberi tahu dewan yang mulia ini perkembangan terkini kes ini.

Salah satu 4 kes ini berlaku di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani pada 15 Jan 2006.  Mangsa kes ini, Chee Gaik Yap, berumur 25 tahun, baru  lepasan Universiti dan mula bekerja. Beliau didapati hilang semasa jogging pada petang itu. Mayatnya ditemui ditepi jalan berdekatan tempat belaiu hilang 10 jam kemudian. Beliau dirogol, diliwat sebelum dibunuh. Dalam satu jawapan kepada saya pada 15 Mar, Menteri  keselamat dalam negeri mengatakan 18 orang telah ditangkap secara rambang oleh pihak polis dan dijalani ujian DNA. Kesemuanya telah dibebaskan kerana ujian DNA terdapat negative.

Saya ingin mendapat penjelasan samada menangkap orang secara rambang dan dijalani ujian DNA merupakan prosidur yang biasa digunapakai oleh polis dan apakah sebabnya ia digunakan dalam kes ini.

Kes Chee Gaik Yap bukan kes pertama culik-rogol kemudian bunuh yang berlaku di Sungai Petani. Pada 13 Mei 1996, Seorang wanita , K.Mariadhyee, 40 tahun, dirogol bergiril-giril oleh empat lelaki dan kemudian dibunuh. Pada 21 Dis 2004, Siti Syazwani, 9 tahun , didapati hilang dalam perjalanan pulang dari kelas Al Qoran. Mayatnya ditemui esokan hari separuh bogel. Beliau dirogol sebelum dibunuh. Indeks jenayah kawasan Sungai Pertani meningkat dari 2,503 kes pada tahun 2000 ke 2,876 kes pada 2005.  Penduduk-penduduk di Sungai Petani meminta saya mendapat penjelasan daripada YAB yang mereka sayangi apakah sebabnya indeks jenayah di Bandar mereka semakin meningkat dan apakah langkah yang akan diambil untuk menurunnya.

10 hari selepas kes Chee Gaik Yap, berlaku satu kes lagi di Johore BAhru, mangsa kali ini ialah Syafiqah Bt Borhan, berusia 15 tahun. Beliau hilang dalam perjalanan ke perhentian bus pada awal pagi 25 Jan. Mayatnya ditemui dua hari kemudiaan, dipercayai dirogol sebelum dibunuh. Syafiqah, bertudung, adalah seorang pelajar yang cemerlang disekolah dan penah mendapat keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah rendah pada tahun 2003.

Walaupun kemudiaan berlaku, tetapi kes Syafiqah telah seleisa dengan pihak polis berjaya menangkap seorang suspek dan menuduhnya dimahkamah pada 27 Feb. Walau bagaimana pun, saya harap pendakwa raya  kes Syafiqah dapat berjaya membuktikan suspek inilah yang melakukan keganasan terhadap mangsa dan dijatuhkan hukuman. Bukan seperti kes Syazwani, pihak polis tidak dapt memberi bukti yang kukuh sehingga suspek dibebaskan walau pun polis berjaya menangkap 14 orang suspek dalam 24 jam dan polis mengatakan salah seorangnya telah mengakui kepada polis bahawa dia menrogol dan membunuh Syazwani.

Di sini,  Sekali lagi saya diminta oleh keluarga Chee Gaik Yap untuk menanya kepada YAB menteri, mengapakah polis di Johore Bahru dapat menyelesaikan kes Shafiqah  tetapi polis di Sungai Petani pula masih tidak dapat menyelesaikan kes Chee Gaik Yap. Saya rasa mereka harus diberi penjelasan untuk memahaminya kesulitan yang dihadapi pihak polis untuk mengelakkan sebarang salah sangka yang mungkin akan menjejaskan nama baik  PDRM. 

Saya cadangkan pihak polis kumpulkan semua kes rogol-bunuh yang mereka berjaya seleisa dan jatuh hukuman dan juga kes yang tidak berjaya untuk membuat analisa dan kajian. Saya rasa langkah ini dapat membantu pihak polis untuk menyiasat kes-kes jenis ini pada masa yang akan dating.

Angka statistic menujukkan jumlah Kes rogol kemudiaan bunuh semakin meningkat dan dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang. Ini bermakna keselamatan kaum wanita khasnya kanak-kanak perempuan semakin diancam semasa Negara kita semakin maju.

Saya rasa kita harus bersama-sama merennung: mengapa jenayah rogol-bunuh semakin menjadi-jadi? Adakah ini  hasil sampingan modal pembangunan kita? Saya menyeru kerajaan menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti puca-punca jenayah seks yang semakin ganas terhadap wanita dan kanak-kanak dinegara ini, Supaya kita dapat menangani jenayah kejam  ini dengan lebih berkesan

jgn kerek

Tuesday, January 8th, 2008

aku da ade L

nak la sambung blaja sambung lesen..

tp ntah bile pon tak tau la kan

mmu punye cuti dah la pelek2

waa tensen nye

kol la driving school pg td..

pastu ley kate.."L kau ni da mati..kene idupklan balek’ haha aku tau la cik kak..(dlm ati je la)

‘ ko ni nak blaja ke x..’

‘nak la akak’

‘ko ni kejap dtg blaja kejap x mcm ne nak lulus ni’

‘kak ni sy baru cuti ni..sy nak blja minggu ni..boley ke kak’

‘arghh minggu ni full..akak busy la..ko tepon esk ley x’

‘laa kak..sekejap je..nk tny ni..sy ni 3 minggu ni je pree..leyu tak abes ni kak’

‘lain kali..kalo ko nk blaja..wat la care nak blaja..komited la sket..wat la appointment a week b4.’

‘ala kak..sy baru abes final..minggu lepas sy final..mls nak pk2 psl ni’

‘kak kesah ape ko final ke x..ko kol esk je la..ari ni akak nak settlekan test jpj..’

tuut tuut tuut

:))

menyampess

aku trus ckp kat ayh aku nak tuka driving school tempat lain

:))

tp..mlg nye ayh aku tak kasi…ayh aku ckp..nnti kalo bos kerek mcm tu takkan nak tuka2 tempat kije..

:P

ape2 je la..esk aku kol balek..terpakse la dgr lg kekerekan kakak driving school aku tu!muke je lawa

huhuhu

rock kapak rock kapak

Tuesday, January 1st, 2008

heheheh tetibe rase mood minggu ni nak layan rock kapak jeeeee
lagu yg slow n romantik..ewah ewah
sori la..anne  n mili.,..tak ske ttp telinge laaa

alahai laptop ku syg

Tuesday, January 1st, 2008

haha laptop meletup..kagum x?
so aku tak de laptop skrg
rite timing dowh laptop nak meletup time2 mcm ni
exam lak tu kan..
hahah tp tak de makne gak
aku curik la pc jern
aku pn tak tau nape die wat hal
dah la meletup
black out lak tu satu aras
aku wat bodo je la
dah la sorg2
pas tgk i am legend lak tu
nak wat pe kan
tido je la
nyasal gak la tak ikot dak2 nea g tgk nasional treasure
:))
haish
esk nye bgn2 tak de letrik lg..tgk2 kotak letrik kat bilek aku sume suis nye kebawah
:P aku betoikn..satu ars ade balek
nak tuka majoring lah
nak amek electrical
:))
balek ni nak g repair laptop
abes duet aku.waaa